Sunday, 14 October 2012

Aku dah jumpa... Alhamdulillah..yeayyyy..


Aku memang sangat makan.. Post lepas aku kan cakap aku teringin nak makan manisan India.. Unfortunately tempat yang biasa beli tu dah tak jual lagi..sedih jekk..huuuu.. So misi sekarang nak cuba buat sendiri..cari punya carik..godeh nya godeh.. ha... ni lar dia... yang aku suka giler tuh.. Rupa2nya nama mende ni Peda.. or Milk Fudge..

(thank you for your pic and your lovely recipe)

Siap dapatkan resepi dia muahahaha... I loikeee..I loikeee...kebetulan susu tepung kat uma ada sebungkus besar cap Dutch Lady tuh.. eh.. sebungkus setengah lagi.. paket besar lak tuh.. hmmm apa lagi.. jap gi nak cuba arr.. mana tau jadi.. ngehh..ngehh..ngehh..
Ha sape sape nak sama2 cuba jom arr.. I mean kalau korangpun macam aku sweet tooth and Indian Dessert lover kan..(lover konon.. nama pon tak tau.. tau nye makan jekkk kihkihkih...)

Ingredients:
1n 3/4th cup Milk powder,
1 can sweetened condensed milk (14 oz.),
1tbsp. butter, at room temperature,1/4th tsp. cardamom/elaichi pdr.,
few strings saffron, crushed or whole,few chironji/ sunflower seeds , slightly dry roasted, to garnish, optional.

Method:
Whisk together milk powder, condensed milk n cardamom pdr. You can also beat the mixture nicely using a fork. Add butter n whisk again for a min. Stir in the saffron n mix well . Now microwave this mixture on high for 2 mins. Remove, let cool slightly, so that you can handle it with your hands.Grease your hands with a little ghee, make small balls of the mixture while its still warm n flatten slightly or roll in desired shapes. Garnish with sunflower seeds/ saffron strands. You can also use a toothpick to decorate.


Alamak.. Condensed milk tak ada lar pulak.. kena pg kedai bawah lak..malas nih nak jalan.. grrr mula lar virus .."SALAM" menyerang nih... Saffron?? alar.. tak yah arr.. nak warna dan wangi sikit jek kan.. kuasa aku nak beli seco'ot celah gigi cam tuh pon mahal skodeng2 resepi yang lain pon tak pakai.. tak kan nak ganti kunyit.. giler ler ubah rasa.. aku ingat nak pakai air halia sikit kasi kick sikit as Peda yang aku rasa tu ada rasa2 halia yang amat mild.. hmm idea kan.. kena plak dengan cardamom nye bau.. wahhh tak sabar nih...

Ya Allah moga2 menjadi.. haittt..haittt (cari semangat rajin) hehehe..

Hanya Sekeping Roti Canai

Carian di Wikipedia:
Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.


Tuu dia.... beria2 aku cari makna dia.. kalau pergi restoran mamak.. dialog biasa kita dengar "ya cek.. apa mau..(peh..tuh mula dia rap..) roti kosong, roti telur, roti sardin, roti tisu, roti banjir, roti bom...suma ada"..(diaorg punya laju nak bagi verble list tu mcm kete F1..)

Apa fav korang kalu order kat mamak?? Hmmm aku punya pilihan 2 jer samada... roti canai kasi garing2 kuah kari ikan kasi asing.. atau pon sup kambing mamak woohooo... kasi hirup sampai licin..yummm.. pekena plak dengan teh 'o' ais nipis.. ngehehehe.. supper paling bestt.. kan..kan..kan.. (aku suka pergi mamak malam2..sebab suka tengok gelagat orang.., siang mostly orang2 kerja yang singgah tak best..muka cekang jek macam pakai mud mask..malam santai sikit kan..hehehe)

Nak share satu kisah berlaku 2 tahun lalu... masa tu aku tinggal kat Seputeh, KL. Almaklum lah Seputeh tu kawasan orang kaya jek.. rumah tak billoin tak nama  rumah ler tuh... Katanye harga tanah pon dah lebih 3 juta.. wallahualam.. (Allah bagi manusia free jek tinggal kat bumi ni.. manusia ni plak eksen jek fikir macam tanah sendiri.. sukati2 jek letak harga kan.. penjajah tol. .hihihi jangan marah..joking jekkk..) Ekkusmeee.. bukan uma aku yang aku tinggal tuh... "tompang" jek masa tuh... As "orang biasa" mana ble kan... tak lepak2 kat mamak.. tapi kat area situ??? hmmm.. sorry lar to say.. ada pon India mari wat macam tanah sendiri.. seriously nye kotor and geli aku.. bukan aku jek.. orang India kita pon geli nak makan situ..

So.. pot lepak aku dengan hubby aku kat Taman Desa nya mamak.. hmm apa ekk nama restoran tu.. lupa lak.. blakang KFC deret Cyber Cafe tuh..okey lar...sempoi jek.. ada "akak nyah" tukang masak tomyam.. air tangan dia best gak.. 

Nak Jadi cerita.. masa tu aku tunggu anak aku habis sesi sekolah petang dia.. dalm pukul 5 lebih kat pukul 6 gak lar... so singgah lar pot tuh.. but hari tuh aku tak intend pon nak makan (sb nak dah nak time makan malam kan..) so kitorang order 2 teh 'o' ais jek.. 

Tengah2 borak2 dengan hubby aku.. tiba2 ada lah sorang mamat nih.. datang dekati kitorang.. frankly my 1st impression aku terhadap mamat ni memang sinis.. (Astagfirullahalazim.. fail lagi test Allah kat aku..haizz) Cara dia berpakaian yang nampak satu baju dipakai berulang kali.. dan tak dibasuh bersih.. macam ala2 mat gian nye rupa pun ada..)

Dia tanya hubby aku..

" Encik.. Nak urut kaki..upah dia seringgit jer.." sambil menunjukkan sebotol minyak urut (rasanya brand yang selalu nampak kat Pekan Rabu, Aloq Setaq kot..)

Hubby aku geleng2 kan kepala (hubby aku tu bukan suka diurut orang pon.. kecuali aku hihihihi)

Lalu.. mamat ni pon berlalu kat meja lat 2 buah dari kitorang.. Ada 2 mamat ni gaya mamat koperat.. the same thing mamat tu tanya 2 orang mamat koperat ni.. dengan penuh style hina dia halau jek dengan tangan.. tapi maybe 2 mamat ni nampak macam berada.. so this mamat berusaha

"bang.. biarlah saya urut kaki abang.. murah je bang satu ringgit je.. saya lapar nak beli roti canai sekeping je.. "

Tersedak aku bila dengarkan tuh.. begitu juga dengan hubby aku.. sebak ya amat terus menyerang aku.. Astagfirullahalazim... aku silap hakimi orang...

2 mamat koperat tu langsung tak endahkan kata2 mamat ni.. lalu,dia beredar ke meja lain... Aku amati raut mamat tu.. (as mula2 aku langsung tak pandang muka dia kecuali pakaian dia jek).. Handsome budak ni.. muda dan muka orang pandai..tapi rautnya penuh kesedihan..penuh dengan tanggungan dugaan.. (jangan tanya macamana aku tau.. sb aku pun tak pasti kenapa aku tau dan setakat mana apa yang aku tau tu betul.. yang aku tau segalanya bagaikan "pendidikan visual" dari Allah untuk aku dan hubby aku...)

Aku pandang hubby aku dengan penuh rasa kesal... begitu juga dengan hubby aku.. terdiam.. sehinggakan air yang masih separuh penuh kami tak habiskan.. hubby aku suruh mamak kira dan bayar..

Tiba2 ntah kenapa terdetik kat hati aku.. "tolong dia"

Aku cakap kat hubby aku.."yai.. tunggu jap.. " dan masuk kedalam restoran.

Aku bagi tau kat mamak tu mintak dia buatkan roti kosong 2 keping dan air milo ais satu.. dan hidangkan kat mamat tu..bagi tau dia sudah bayar..aku terus pergi... aku tak mau tunjukkan aku orang yang belanja dia.. waktu kami reverse kereta untuk gerak.. aku nampak laki tu makan dengan lahapnya...
Air mata aku tak dapat aku bendung.. Ya Allah.. dalam aku merasa diri kami tersepit dalam kesusahan yang kadang2 kekeringan duit... rupanya ada yang lebih susah.. sehingga sanggup merendah diri serendah2 nya... menawarkan khidmat urut kaki..

Kaki....anggota paling bawah badan kita... kalau mamat tu nak urut bermakna dia terpaksa melutut.. di atas jalan dan bagaikan seorang hamba yang berkhidmat untuk tuan dia.. dia mengurut orang lain hanya kerana sekeping ROTI CANAI??? Andai dia nak tipu.. tak mungkin dia nak seringgit sahaja.. Dan dari raut muka dia aku tak nampak pon dia jenis "spesis" hampeh.. (ya Aku tau.. pandangan aku ni ada yang akan kata.. senang jer aku akan ditipu dek raut wajah orang... tapi teman.. andai seringgit aku ditipu aku tak rasa kesal.. kerana aku rasa ini ada pengajaran.. dan dengan bayaran seringgit berbaloi tidak terhingga aku rasa kan....)

Ya Allah.. hambaMu bersalah...bersalah kerana terlalu cepat menghakimi orang... Kini aku sedar.. siapalah aku..siapalah kita sebagai manusia.. hamba Allah dimuka bumi ini... untuk menghakimi orang lain, yangjuga hamba Allah...

Teman... jangan kau hakimi aku seolah aku mau tunjuk hebat belanja orang makan.. tidak sama sekali... tak terniat nak menunjuk2 macam tuh... tapi sekadar sebuah kisah realiti buat renungan untuk semua..

Sehingga kini ada kalanya bila aku lepak2 kat mamak aku terfikir jugak mamat tu... ok ke dia?? sudah senang kah dia?? Moga Allah permudahkan dia dalam mencari rezeki dimuka bumi Allah yang luas ni... Semoga dia selamat.. semoga dia berjaya...

Teima kasih kepada kerajaan kerana berjaya wujudkan "Anjung Singgah"...tapi berapa ramai agaknya yang berada diluar sana yang tak tahu adanya shelter macam ni...

Buat anak2 ku... ingatlah bahawa setiap hidangan yang kita makan dan dapat nikmati itu.. tak kira lah walau sepinggan nasi kosong.. apa lagi insan yang tengah berlapar diluar sana.. siapa..dimana...?? Wallahualam... Oleh itu sayang2 mama.. berlajarlah bersyukur.. walaupun seteguk air yang kita minum...

Alhamdulillah.....






Jutawan Fakir

ehsan dari www.sinemamalaysia.net.my dan Google
Aku suka filem Jutawan Fakir nih.. Walaupon ada part2 yang merapu (mimpi lar fulakkk) tapi moral value dia aku suka..

Ni aku nak kongsi satu kisah jutawan fakir yang benar.. Maksud aku tak lar sebijik macam filem tuh.. tapi lebih berkisahkan orang biasa menjadi kaya sekelip mata dengan izinNya..


 Ditakdirkan kisah ni jadi pada kawan hubby aku or actually ex orang bawah laki aku.Ni kira cerita atas cerita.. So tersilap tang mana2 sorry lar pada empunya diri tu.. Dalam cerita ni aku panggil "adik" je lar ye sebab dia ni pun pangkat adik dari usia aku pon...


Tahun 2008 dulu company tempat keje laki aku tu wat tawaran untuk kerja bawah syarikat tu kat Arab Saudi. Dapat projek besar lar konon... Actually satu lagi kat India.. tp sumer tak nak pergi sebab badge yg lepas pergi tak sanggup sambung kontrak sebab keadaan air dan persekitaran dia... paham2 jer ler..hihihi.. ;P

Tawaran kerja tu berpulangan lumayan sebab selain gaji berjalan di Malaysia, yang dapat pilih tu akan dapat gaji double kat sana plus yg bermaksud triple lar gaji selama 2 tahun.. dan dapat jalankan umrah dan haji free dari kerajaan Arab Saudi yg membawa maksud by the time diorang balik sini masing2 dah ada title Pak Aji pada nama masing2 gitew ... So ramai lar technician bujang yg gaji kecik tu listkan nama masing2...

Ok cut short... Al kisah ada lar adik adik yang dapat pergi ni..Kisahnya bermula masa di sana..


Suatu hari tu baru balik dari kerja.. on the way back ke rumah yg company sediakan tu.. ada lah pak Arab tua nih kat tepi jalan tahan kereta dia untuk mintak tolong tukar tayar kereta.. dari jauh diorang nampak memang x ada kereta pun nak berhenti bagi bantuan..( orang Arab kata orang selfish entoh ler Wallahualam..)  jadi sebagai Malaysian yg perhatin adik ni pon berhentikan kereta dan terus tolong Pak Arab ni tukar tayar....


Pas dah tukar tu.. Pak arab tu pun tepuk bahu adik kita nih dan bagi isyarat bagus.. dan berterima kasih pada adik ni. (adik2 kita tu ble paham Arab sebab sebelum ke sana siap ada kelas intensif bahasa Arab) Dan tak habis kat situ. Pak Arab ni mintak adik kita nih pergi rumah dia...

So since waktu kerja kat sana pun pendek.. dia dgn kawan dia pun pergi lar satu hari tu.. Dan pas makan2 Pak Arab tu pun tanya.. dah kawin ker, hal family.. bla..bla..bla..(sesi soal jawab lak hihihi) dan tiba2 Pak Arab tu tanya kat adik nih.. " aku nak kawinkan ko dengan anak perempuan aku. dan aku mahu kau jaga dia baik2 sebab dia anak tunggal aku dan aku akan serahkan harta aku pada kau sebaik sahaja kau kahwin dengan anak aku." (Peringatan: Ni kiranya style cakap aku lar.. Pak Arab tu kompem lar dengan bahasa Arab nye ye tak hihihi.)

Ha apa lagi...tergezut beruklah..budak tuh... but at last (maybe after dia  fikir panjang dan minta pertunjuk dari Allah kot...) he then agreed to marry that girl (where dia langsung tak pernah tengok muka that girl)... And keputusan tu mengejutkan semua yg ada kat Malaysia... termasuk aku yg mendengar tuh.. hehe..Ye lar.. muka pon tak pernah tengok.. kang muka herot ker, juling ker, bermisai ker... sape tau kan.. (Allah jua lah yang tau masa tuh...)


After he got married..(jeng..jeng..jeng... aku pon tak amik pot sebab lhubby aku tah tak kerja situ hehe..but choppp.. nanti ar dulu.. lom habis nih...baca lagi..baca lagi..)


Baru2 nih hubby aku terserempak dengan another orang bawah hubby aku.. then that guy cerita that adik tu balik raya ke Malaysia hari tu.. dan datang lawat pejabat jumpa kawan2 lama... datang bersama mak ayah mertua dan isteri (yg mana diorang kata dia kata cantik dan putih melepak)

Terbang ke Malaysia dengan private plane.. or jet entah aku pun tak clear.. but private nye.. and bagi duit raya kat semua kawan2 dia RM 500 sorang.. dan rumah dia sebagaimana yg di beritahu group yg sama pergi kalah lar.. rumah bintang hollywood...

Well..guys... tuah ayam nampak kat kaki.. tuah orang Allah jua yg bagi... Hanya dengan bantu tukar sebijik tayar yang mana maybe most of us will do here in Malaysia to a stranger... this adik dah pun jadi jutawan.. dan sekarang tolong ayah mertuanya jalankan bisnes...

Dan kalau nak tau dia dah pun bawak mak ayahnya tinggal kat Arab... yg bagi aku as orang tua is something that I want kalau dah tua... ble selalu pergi beribadat depan kaabah...

One thing that aku tabik budak ni... dia masih down to earth walau pun dah kaya.. dan kawan2 yg jumpa dia kata.. tak pulak nampak lagak sombong....Sejuk perut mak yang mengandungkan..kan..


Tuah dia dah tersurat dan terlihat... Tuah kita entah bila.. Tapi yang penting usaha kerana tak semua insan dilahir berbintang terang... Namun kita sebagai hamba Allah dibumi ini hanya perlu berusaha dan berserah.. Dunia akhirat di imbangi.. (ingatan buat diri sendiri...) Bagi aku moga jiwa dalam diri ini sentiasa ingat untuk bersyukur walau sekali nafas yang aku hirup (tipu lar kalau aku cakap aku boleh buat.. Ampunkan kealpaan aku Ya Allah.. )


Wallahualam.....:)



Friday, 12 October 2012

Hanya Sepiring Ladoo...

  

Sebenarnye dah hampir seminggu aku "mengidamkan" manisan india.. bukan yg bulat mcm bawah nih.. tapi yang bersusu tuh.. warna putih, padat, berasa2 bunga lawangnya dan manis giler (alamak mmg lar dessert manis ye tak huuuu...) Masa beli pilih2 langsung tak ingat nak tanya nama manisan tuh.. Almaklumlah.. happy sangat nak makan.. 

Hubby called kata he is coming back from Penang.. aku pon apa lagi kirim lar.. Aku selalu beli manisan kat R&R Tapah.. (terliur nih..but ekusmiiii aku tak "berisi yer... cukuplah Alhamdulillah dengan anak dara 3 orang nih.. hehe) 

Dalam pada tu aku nak cerita pengalaman pertama aku makan manisan ni.. Frankly aku tak ingat nama sahabat ni..aku tak ingat masa tu aku darjah berapa..(around 1984 ke atas..) dan dengan sape aku pergi (rasanye aku sorang tp entah lah..) Aku cuma ingat ajakkan seorang sahabat  (junior) aku untuk datang meraikan Deepavali. Tiba2 aku berasa seronok sangat sb selama ni aku dapat rasa Hari Raya.. Chinese New Year.. as family aku belah mak cina.. tapi tak pernah rasa pengalaman beraya Deepavali..

Nak dijadikan cerita.. pada hari yang dijanjikan..aku pun berjalan lah dari kedai nenek aku di Jalan Meldrum ke rumah dia.. Rumah kedai 2 tingkat somewhere kat belakang Jalan Ibrahim... Rumah kedai style lama.. (hmm jap aku cari dalam Google if dapat gambaran tingkap lama dia ekk)

Haaa dah dapat dah.. 

Cer tengok kedai yang belah hujung2 tuh.. uma kedai dia agak2 mcm tuh lar..tingkap dia jenis camtu..
Ehsan dr  http://www.koleksioldskool.blogspot.com dan Google


Sampai2 aku pon naik lar tangga.. curam tuh... sampai jek atas.. tergamam jap.. 

"Erkk..kata Deepavali..?? ini....???" bisik hati aku..

"Mari mari masuk, masuk. duduk..." kata mak kawan aku nih berpelat India.

Aku senyum lalu duduk di atas lantai.. 

"Eh.. jangan bawah.. atas duduk.." sambil tunding ke arah katil single tepi tingkap tuh.. 
Aku jadi serba salah nak duduk atas katil orang.. 

(Ok jom imagine sekali dengan aku jap ok..nak bawak korang tour rumah tu...

Naik jer tangga aku nampak ruang belah kanan.. dan bila masuk suasana agak kelam dan gelap, rumah berbau rempah2 kari yang dah terkempap.. ( bukan hina okey..harap faham).. tak de sofa, cuma ada meja lipat sebelah dan 2 kerusi bulat, plastik2 berisi barang dan frame gambar kawanku graduate tadika bergantung2 didinding..dan di kanan aku, ada 2 tingkap( mcm yg kat gambar bawah ni) dimana ada sebuah katil usang single rapat ke tingkap tuh.) cuma tingkap itu sahaja sumber cahaya dan ventilasi untuk rumah yang memanjang kedalam.. suasana rumahnya agak melemas bagiku sebenarnya..)

Okey jom sambung balik.....

Aku jadi terkedu seketika...

."Errr.. Deepavali raya dia mcm tu ke?? Kelam jek?? Tak de lagu, tak meriah pun.." Hati muda aku membanding bandingkan dengan suasana raya dan sambutan Tahun Baru Cina yang pernuh meriah saban tahun...

Dalam usia muda waktu tu aku masih tertanya dalam hati.. Macam ni ke suasana Deepavali?? (as inilah pertama kali kan..) Mulanya aku agak kecewa kerana keadaan tak seperti yang aku jangkakan..

Aku mengamati keadaan sekeliling rumahnya..tapi tak lama kemudian... entah apa yang dikatakan oleh mak sahabat aku ni dalam bahasa Tamil.. tiba2 sahabat aku bawa sepinggan kuih berbentuk bulat.. ada dalam 5 biji kesemuanya

"Awak.. makan lah.. ini mak saya buat.." 

Aku pun ambil sebiji... Alamakkk keras nye.. Dan aku halakan kuih tu ke tingkap.(dalam gelap..) untuk melihat rupa sebenar kuih itu. Hmm cantik.. warna kuning keemasan ada tanda2 merah.. Kemudian aku rasa.. sedap.. manis...manis sangat..sangat.. 

"Sedap.." kataku..

"Awak tau saya panggil awak seorang saja datang tau.."

Tiba tiba hati muda aku bangga pula bila dia berkata begitu...bagaikan "selected"pulak... hehehe..

Sahabatku tersenyum bangga dan entah apa yang dikatakan pada maknya.. 

"Adik.. makan..makan..," tegur maknya sambil senyum, berlalu kedapur..

Ingin aku bertanya hal yang mengganggu jiwa aku tapi..aku tak pulak tanya hal Deepavali kat dia.. pas duduk dalam setengah jam berborak2 dgn dia dan adik perempuan dia.. aku pon mintak diri...

Disebabkan aku ada kumpulan kawan aku dan begitu juga dengan dia.. kami jarang berbual hanya senyum mesra sahaja..Sebenarnya aku masih tertanya2 kenapa aku yang dipelawanya.. dan bukan rakan2 seusianya.. 

 Manisan itulah kenangan dan pengalaman pertama aku berDeepavali bersama seorang sahabat India yang sebenarnya wajahnya, namanya sudah hampir ter"delete" dari memori aku..Namun kerana mainsan inilah aku terkenang kembali kisah ini...

ehsan  "http://www.masak-masak.blogspot.com" dan Google..


Teman.. 
Hari Raya Aidil Fitri bagi orang Melayu satu perayaan yang besar.. Persiapan cukup banyak dan rapi.. Dari hidangan kuih untuk tetamu, tempahan baju dan langsir, tukar perabot bagi yg terlebih mampu.. cat rumah, hidangan pagi raya.. sampai duit raya.. semua cukup.. Begitu juga dengan Tahun Baru Cina.. segala pantang larang, fengshui jadi kemestian setiap kali menyambutnya... Waktu kecil aku cuma tau.. semua dah lengkap.. tapi tak pernah aku terfikir erti "tak mampu". 

Namun bila dewasa ini jawapan yg menjadi teka teki aku terjawab dengan sendirinya dek kerana kematangan usia mungkin... 

Bukan perayaan Deepavali tidak meriah... Deepavali itu perayaan cahaya..

Saat ini aku baru sedar... keluarga sahabatku itu kurang mampu... tiada "kolam" berwarna warni menghiasi pintu masuk rumah.. tiada sari baru berwarna warni dipakai... tiada juga rumah bercat cantik bagi meraih Deepavali yang meriah itu.. Hanya sepinggan manisan India berbentuk bulat berwarna kuning keemasan berbintik2 merah..

Mungkin sahabatku juga mahu beraya Deepavali seperti kita menyambut Aidilfitri mengajak rakan taulan ke rumah.. Tapi kerana kemampuan terbatas.. hanya aku dijemputnya datang beraya.. Saat ini juga aku berasa sangat beruntung kerana "aku lalui pengalaman ini.."

Sebiji ladoo yang menjadi kenangan manis aku dewasa ini... Keikhlasannya menjamu aku, kebanggaannya bila beliau mengatakan maknya yang buat manisan itu.. dan manisan itu sendiri.. itulah Deepavali baginya...

Perayaan walau dari agama dan kaum mana sekali pun tidak akan menggalakkan pembaziran.. Kenangan yang terpahat disabalik setiap perayaan setiap tahun itu lah yang paling abadi..

Entah mana sahabat aku itu.. Apakah aku akan kenalinya lagi kalau aku terserempak dengannya??? Sedangkan wajahnya kini pudar dari kanvas memori aku..  Hanya ladoo ini sahaja mengenangkan aku padanya.. Semoga dewasanya dihari Deepavali akan ada "kolam" yang cantik dan  indahdi depan rumahnya.. sari baru yang cantik berwarna warni dan berkilat...suami, anak2 bersatu bahagia..

Sahabat.. terima kasih atas kenangan itu....

** suami aku baru call..katanya puas dia carik gerai yang jual ladoo tuh.. rupanya dah tak niaga lagi.. alarrrr... kempunan huuuuu...