Sebenarnye dah hampir seminggu aku "mengidamkan" manisan india.. bukan yg bulat mcm bawah nih.. tapi yang bersusu tuh.. warna putih, padat, berasa2 bunga lawangnya dan manis giler (alamak mmg lar dessert manis ye tak huuuu...) Masa beli pilih2 langsung tak ingat nak tanya nama manisan tuh.. Almaklumlah.. happy sangat nak makan..
Hubby called kata he is coming back from Penang.. aku pon apa lagi kirim lar.. Aku selalu beli manisan kat R&R Tapah.. (terliur nih..but ekusmiiii aku tak "berisi yer... cukuplah Alhamdulillah dengan anak dara 3 orang nih.. hehe)
Dalam pada tu aku nak cerita pengalaman pertama aku makan manisan ni.. Frankly aku tak ingat nama sahabat ni..aku tak ingat masa tu aku darjah berapa..(around 1984 ke atas..) dan dengan sape aku pergi (rasanye aku sorang tp entah lah..) Aku cuma ingat ajakkan seorang sahabat (junior) aku untuk datang meraikan Deepavali. Tiba2 aku berasa seronok sangat sb selama ni aku dapat rasa Hari Raya.. Chinese New Year.. as family aku belah mak cina.. tapi tak pernah rasa pengalaman beraya Deepavali..
Nak dijadikan cerita.. pada hari yang dijanjikan..aku pun berjalan lah dari kedai nenek aku di Jalan Meldrum ke rumah dia.. Rumah kedai 2 tingkat somewhere kat belakang Jalan Ibrahim... Rumah kedai style lama.. (hmm jap aku cari dalam Google if dapat gambaran tingkap lama dia ekk)
Haaa dah dapat dah..
Cer tengok kedai yang belah hujung2 tuh.. uma kedai dia agak2 mcm tuh lar..tingkap dia jenis camtu..
| Ehsan dr http://www.koleksioldskool.blogspot.com dan Google |
Sampai2 aku pon naik lar tangga.. curam tuh... sampai jek atas.. tergamam jap..
"Erkk..kata Deepavali..?? ini....???" bisik hati aku..
"Mari mari masuk, masuk. duduk..." kata mak kawan aku nih berpelat India.
Aku senyum lalu duduk di atas lantai..
"Eh.. jangan bawah.. atas duduk.." sambil tunding ke arah katil single tepi tingkap tuh..
Aku jadi serba salah nak duduk atas katil orang..
(Ok jom imagine sekali dengan aku jap ok..nak bawak korang tour rumah tu...
Naik jer tangga aku nampak ruang belah kanan.. dan bila masuk suasana agak kelam dan gelap, rumah berbau rempah2 kari yang dah terkempap.. ( bukan hina okey..harap faham).. tak de sofa, cuma ada meja lipat sebelah dan 2 kerusi bulat, plastik2 berisi barang dan frame gambar kawanku graduate tadika bergantung2 didinding..dan di kanan aku, ada 2 tingkap( mcm yg kat gambar bawah ni) dimana ada sebuah katil usang single rapat ke tingkap tuh.) cuma tingkap itu sahaja sumber cahaya dan ventilasi untuk rumah yang memanjang kedalam.. suasana rumahnya agak melemas bagiku sebenarnya..)
Okey jom sambung balik.....
Aku jadi terkedu seketika...
."Errr.. Deepavali raya dia mcm tu ke?? Kelam jek?? Tak de lagu, tak meriah pun.." Hati muda aku membanding bandingkan dengan suasana raya dan sambutan Tahun Baru Cina yang pernuh meriah saban tahun...
Dalam usia muda waktu tu aku masih tertanya dalam hati.. Macam ni ke suasana Deepavali?? (as inilah pertama kali kan..) Mulanya aku agak kecewa kerana keadaan tak seperti yang aku jangkakan..
"Awak.. makan lah.. ini mak saya buat.."
Aku pun ambil sebiji... Alamakkk keras nye.. Dan aku halakan kuih tu ke tingkap.(dalam gelap..) untuk melihat rupa sebenar kuih itu. Hmm cantik.. warna kuning keemasan ada tanda2 merah.. Kemudian aku rasa.. sedap.. manis...manis sangat..sangat..
"Sedap.." kataku..
"Awak tau saya panggil awak seorang saja datang tau.."
Tiba tiba hati muda aku bangga pula bila dia berkata begitu...bagaikan "selected"pulak... hehehe..
Sahabatku tersenyum bangga dan entah apa yang dikatakan pada maknya..
"Adik.. makan..makan..," tegur maknya sambil senyum, berlalu kedapur..
Ingin aku bertanya hal yang mengganggu jiwa aku tapi..aku tak pulak tanya hal Deepavali kat dia.. pas duduk dalam setengah jam berborak2 dgn dia dan adik perempuan dia.. aku pon mintak diri...
Disebabkan aku ada kumpulan kawan aku dan begitu juga dengan dia.. kami jarang berbual hanya senyum mesra sahaja..Sebenarnya aku masih tertanya2 kenapa aku yang dipelawanya.. dan bukan rakan2 seusianya..
Manisan itulah kenangan dan pengalaman pertama aku berDeepavali bersama seorang sahabat India yang sebenarnya wajahnya, namanya sudah hampir ter"delete" dari memori aku..Namun kerana mainsan inilah aku terkenang kembali kisah ini...
ehsan "http://www.masak-masak.blogspot.com" dan Google..
Teman..
Hari Raya Aidil Fitri bagi orang Melayu satu perayaan yang besar.. Persiapan cukup banyak dan rapi.. Dari hidangan kuih untuk tetamu, tempahan baju dan langsir, tukar perabot bagi yg terlebih mampu.. cat rumah, hidangan pagi raya.. sampai duit raya.. semua cukup.. Begitu juga dengan Tahun Baru Cina.. segala pantang larang, fengshui jadi kemestian setiap kali menyambutnya... Waktu kecil aku cuma tau.. semua dah lengkap.. tapi tak pernah aku terfikir erti "tak mampu".
Namun bila dewasa ini jawapan yg menjadi teka teki aku terjawab dengan sendirinya dek kerana kematangan usia mungkin...
Bukan perayaan Deepavali tidak meriah... Deepavali itu perayaan cahaya..
Saat ini aku baru sedar... keluarga sahabatku itu kurang mampu... tiada "kolam" berwarna warni menghiasi pintu masuk rumah.. tiada sari baru berwarna warni dipakai... tiada juga rumah bercat cantik bagi meraih Deepavali yang meriah itu.. Hanya sepinggan manisan India berbentuk bulat berwarna kuning keemasan berbintik2 merah..
Mungkin sahabatku juga mahu beraya Deepavali seperti kita menyambut Aidilfitri mengajak rakan taulan ke rumah.. Tapi kerana kemampuan terbatas.. hanya aku dijemputnya datang beraya.. Saat ini juga aku berasa sangat beruntung kerana "aku lalui pengalaman ini.."
Sebiji ladoo yang menjadi kenangan manis aku dewasa ini... Keikhlasannya menjamu aku, kebanggaannya bila beliau mengatakan maknya yang buat manisan itu.. dan manisan itu sendiri.. itulah Deepavali baginya...
Perayaan walau dari agama dan kaum mana sekali pun tidak akan menggalakkan pembaziran.. Kenangan yang terpahat disabalik setiap perayaan setiap tahun itu lah yang paling abadi..
Entah mana sahabat aku itu.. Apakah aku akan kenalinya lagi kalau aku terserempak dengannya??? Sedangkan wajahnya kini pudar dari kanvas memori aku.. Hanya ladoo ini sahaja mengenangkan aku padanya.. Semoga dewasanya dihari Deepavali akan ada "kolam" yang cantik dan indahdi depan rumahnya.. sari baru yang cantik berwarna warni dan berkilat...suami, anak2 bersatu bahagia..
Sahabat.. terima kasih atas kenangan itu....
** suami aku baru call..katanya puas dia carik gerai yang jual ladoo tuh.. rupanya dah tak niaga lagi.. alarrrr... kempunan huuuuu...

No comments:
Post a Comment