Sunday, 14 October 2012

Hanya Sekeping Roti Canai

Carian di Wikipedia:
Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.


Tuu dia.... beria2 aku cari makna dia.. kalau pergi restoran mamak.. dialog biasa kita dengar "ya cek.. apa mau..(peh..tuh mula dia rap..) roti kosong, roti telur, roti sardin, roti tisu, roti banjir, roti bom...suma ada"..(diaorg punya laju nak bagi verble list tu mcm kete F1..)

Apa fav korang kalu order kat mamak?? Hmmm aku punya pilihan 2 jer samada... roti canai kasi garing2 kuah kari ikan kasi asing.. atau pon sup kambing mamak woohooo... kasi hirup sampai licin..yummm.. pekena plak dengan teh 'o' ais nipis.. ngehehehe.. supper paling bestt.. kan..kan..kan.. (aku suka pergi mamak malam2..sebab suka tengok gelagat orang.., siang mostly orang2 kerja yang singgah tak best..muka cekang jek macam pakai mud mask..malam santai sikit kan..hehehe)

Nak share satu kisah berlaku 2 tahun lalu... masa tu aku tinggal kat Seputeh, KL. Almaklum lah Seputeh tu kawasan orang kaya jek.. rumah tak billoin tak nama  rumah ler tuh... Katanye harga tanah pon dah lebih 3 juta.. wallahualam.. (Allah bagi manusia free jek tinggal kat bumi ni.. manusia ni plak eksen jek fikir macam tanah sendiri.. sukati2 jek letak harga kan.. penjajah tol. .hihihi jangan marah..joking jekkk..) Ekkusmeee.. bukan uma aku yang aku tinggal tuh... "tompang" jek masa tuh... As "orang biasa" mana ble kan... tak lepak2 kat mamak.. tapi kat area situ??? hmmm.. sorry lar to say.. ada pon India mari wat macam tanah sendiri.. seriously nye kotor and geli aku.. bukan aku jek.. orang India kita pon geli nak makan situ..

So.. pot lepak aku dengan hubby aku kat Taman Desa nya mamak.. hmm apa ekk nama restoran tu.. lupa lak.. blakang KFC deret Cyber Cafe tuh..okey lar...sempoi jek.. ada "akak nyah" tukang masak tomyam.. air tangan dia best gak.. 

Nak Jadi cerita.. masa tu aku tunggu anak aku habis sesi sekolah petang dia.. dalm pukul 5 lebih kat pukul 6 gak lar... so singgah lar pot tuh.. but hari tuh aku tak intend pon nak makan (sb nak dah nak time makan malam kan..) so kitorang order 2 teh 'o' ais jek.. 

Tengah2 borak2 dengan hubby aku.. tiba2 ada lah sorang mamat nih.. datang dekati kitorang.. frankly my 1st impression aku terhadap mamat ni memang sinis.. (Astagfirullahalazim.. fail lagi test Allah kat aku..haizz) Cara dia berpakaian yang nampak satu baju dipakai berulang kali.. dan tak dibasuh bersih.. macam ala2 mat gian nye rupa pun ada..)

Dia tanya hubby aku..

" Encik.. Nak urut kaki..upah dia seringgit jer.." sambil menunjukkan sebotol minyak urut (rasanya brand yang selalu nampak kat Pekan Rabu, Aloq Setaq kot..)

Hubby aku geleng2 kan kepala (hubby aku tu bukan suka diurut orang pon.. kecuali aku hihihihi)

Lalu.. mamat ni pon berlalu kat meja lat 2 buah dari kitorang.. Ada 2 mamat ni gaya mamat koperat.. the same thing mamat tu tanya 2 orang mamat koperat ni.. dengan penuh style hina dia halau jek dengan tangan.. tapi maybe 2 mamat ni nampak macam berada.. so this mamat berusaha

"bang.. biarlah saya urut kaki abang.. murah je bang satu ringgit je.. saya lapar nak beli roti canai sekeping je.. "

Tersedak aku bila dengarkan tuh.. begitu juga dengan hubby aku.. sebak ya amat terus menyerang aku.. Astagfirullahalazim... aku silap hakimi orang...

2 mamat koperat tu langsung tak endahkan kata2 mamat ni.. lalu,dia beredar ke meja lain... Aku amati raut mamat tu.. (as mula2 aku langsung tak pandang muka dia kecuali pakaian dia jek).. Handsome budak ni.. muda dan muka orang pandai..tapi rautnya penuh kesedihan..penuh dengan tanggungan dugaan.. (jangan tanya macamana aku tau.. sb aku pun tak pasti kenapa aku tau dan setakat mana apa yang aku tau tu betul.. yang aku tau segalanya bagaikan "pendidikan visual" dari Allah untuk aku dan hubby aku...)

Aku pandang hubby aku dengan penuh rasa kesal... begitu juga dengan hubby aku.. terdiam.. sehinggakan air yang masih separuh penuh kami tak habiskan.. hubby aku suruh mamak kira dan bayar..

Tiba2 ntah kenapa terdetik kat hati aku.. "tolong dia"

Aku cakap kat hubby aku.."yai.. tunggu jap.. " dan masuk kedalam restoran.

Aku bagi tau kat mamak tu mintak dia buatkan roti kosong 2 keping dan air milo ais satu.. dan hidangkan kat mamat tu..bagi tau dia sudah bayar..aku terus pergi... aku tak mau tunjukkan aku orang yang belanja dia.. waktu kami reverse kereta untuk gerak.. aku nampak laki tu makan dengan lahapnya...
Air mata aku tak dapat aku bendung.. Ya Allah.. dalam aku merasa diri kami tersepit dalam kesusahan yang kadang2 kekeringan duit... rupanya ada yang lebih susah.. sehingga sanggup merendah diri serendah2 nya... menawarkan khidmat urut kaki..

Kaki....anggota paling bawah badan kita... kalau mamat tu nak urut bermakna dia terpaksa melutut.. di atas jalan dan bagaikan seorang hamba yang berkhidmat untuk tuan dia.. dia mengurut orang lain hanya kerana sekeping ROTI CANAI??? Andai dia nak tipu.. tak mungkin dia nak seringgit sahaja.. Dan dari raut muka dia aku tak nampak pon dia jenis "spesis" hampeh.. (ya Aku tau.. pandangan aku ni ada yang akan kata.. senang jer aku akan ditipu dek raut wajah orang... tapi teman.. andai seringgit aku ditipu aku tak rasa kesal.. kerana aku rasa ini ada pengajaran.. dan dengan bayaran seringgit berbaloi tidak terhingga aku rasa kan....)

Ya Allah.. hambaMu bersalah...bersalah kerana terlalu cepat menghakimi orang... Kini aku sedar.. siapalah aku..siapalah kita sebagai manusia.. hamba Allah dimuka bumi ini... untuk menghakimi orang lain, yangjuga hamba Allah...

Teman... jangan kau hakimi aku seolah aku mau tunjuk hebat belanja orang makan.. tidak sama sekali... tak terniat nak menunjuk2 macam tuh... tapi sekadar sebuah kisah realiti buat renungan untuk semua..

Sehingga kini ada kalanya bila aku lepak2 kat mamak aku terfikir jugak mamat tu... ok ke dia?? sudah senang kah dia?? Moga Allah permudahkan dia dalam mencari rezeki dimuka bumi Allah yang luas ni... Semoga dia selamat.. semoga dia berjaya...

Teima kasih kepada kerajaan kerana berjaya wujudkan "Anjung Singgah"...tapi berapa ramai agaknya yang berada diluar sana yang tak tahu adanya shelter macam ni...

Buat anak2 ku... ingatlah bahawa setiap hidangan yang kita makan dan dapat nikmati itu.. tak kira lah walau sepinggan nasi kosong.. apa lagi insan yang tengah berlapar diluar sana.. siapa..dimana...?? Wallahualam... Oleh itu sayang2 mama.. berlajarlah bersyukur.. walaupun seteguk air yang kita minum...

Alhamdulillah.....






No comments:

Post a Comment