ehsan dari www.sinemamalaysia.net.my dan Google
Aku suka filem Jutawan Fakir nih.. Walaupon ada part2 yang merapu (mimpi lar fulakkk) tapi moral value dia aku suka..
Ni aku nak kongsi satu kisah jutawan fakir yang benar.. Maksud aku tak lar sebijik macam filem tuh.. tapi lebih berkisahkan orang biasa menjadi kaya sekelip mata dengan izinNya..
Ditakdirkan kisah ni jadi pada kawan hubby aku or actually ex orang bawah laki aku.Ni kira cerita atas cerita.. So tersilap tang mana2 sorry lar pada empunya diri tu.. Dalam cerita ni aku panggil "adik" je lar ye sebab dia ni pun pangkat adik dari usia aku pon...
Tahun 2008 dulu company tempat keje laki aku tu wat tawaran untuk kerja bawah syarikat tu kat Arab Saudi. Dapat projek besar lar konon... Actually satu lagi kat India.. tp sumer tak nak pergi sebab badge yg lepas pergi tak sanggup sambung kontrak sebab keadaan air dan persekitaran dia... paham2 jer ler..hihihi.. ;P
Tawaran kerja tu berpulangan lumayan sebab selain gaji berjalan di Malaysia, yang dapat pilih tu akan dapat gaji double kat sana plus yg bermaksud triple lar gaji selama 2 tahun.. dan dapat jalankan umrah dan haji free dari kerajaan Arab Saudi yg membawa maksud by the time diorang balik sini masing2 dah ada title Pak Aji pada nama masing2 gitew ... So ramai lar technician bujang yg gaji kecik tu listkan nama masing2...
Ok cut short... Al kisah ada lar adik adik yang dapat pergi ni..Kisahnya bermula masa di sana..
Suatu hari tu baru balik dari kerja.. on the way back ke rumah yg company sediakan tu.. ada lah pak Arab tua nih kat tepi jalan tahan kereta dia untuk mintak tolong tukar tayar kereta.. dari jauh diorang nampak memang x ada kereta pun nak berhenti bagi bantuan..( orang Arab kata orang selfish entoh ler Wallahualam..) jadi sebagai Malaysian yg perhatin adik ni pon berhentikan kereta dan terus tolong Pak Arab ni tukar tayar....
Pas dah tukar tu.. Pak arab tu pun tepuk bahu adik kita nih dan bagi isyarat bagus.. dan berterima kasih pada adik ni. (adik2 kita tu ble paham Arab sebab sebelum ke sana siap ada kelas intensif bahasa Arab) Dan tak habis kat situ. Pak Arab ni mintak adik kita nih pergi rumah dia...
So since waktu kerja kat sana pun pendek.. dia dgn kawan dia pun pergi lar satu hari tu.. Dan pas makan2 Pak Arab tu pun tanya.. dah kawin ker, hal family.. bla..bla..bla..(sesi soal jawab lak hihihi) dan tiba2 Pak Arab tu tanya kat adik nih.. " aku nak kawinkan ko dengan anak perempuan aku. dan aku mahu kau jaga dia baik2 sebab dia anak tunggal aku dan aku akan serahkan harta aku pada kau sebaik sahaja kau kahwin dengan anak aku." (Peringatan: Ni kiranya style cakap aku lar.. Pak Arab tu kompem lar dengan bahasa Arab nye ye tak hihihi.)
Ha apa lagi...tergezut beruklah..budak tuh... but at last (maybe after dia fikir panjang dan minta pertunjuk dari Allah kot...) he then agreed to marry that girl (where dia langsung tak pernah tengok muka that girl)... And keputusan tu mengejutkan semua yg ada kat Malaysia... termasuk aku yg mendengar tuh.. hehe..Ye lar.. muka pon tak pernah tengok.. kang muka herot ker, juling ker, bermisai ker... sape tau kan.. (Allah jua lah yang tau masa tuh...)
After he got married..(jeng..jeng..jeng... aku pon tak amik pot sebab lhubby aku tah tak kerja situ hehe..but choppp.. nanti ar dulu.. lom habis nih...baca lagi..baca lagi..)
Baru2 nih hubby aku terserempak dengan another orang bawah hubby aku.. then that guy cerita that adik tu balik raya ke Malaysia hari tu.. dan datang lawat pejabat jumpa kawan2 lama... datang bersama mak ayah mertua dan isteri (yg mana diorang kata dia kata cantik dan putih melepak)
Terbang ke Malaysia dengan private plane.. or jet entah aku pun tak clear.. but private nye.. and bagi duit raya kat semua kawan2 dia RM 500 sorang.. dan rumah dia sebagaimana yg di beritahu group yg sama pergi kalah lar.. rumah bintang hollywood...
Well..guys... tuah ayam nampak kat kaki.. tuah orang Allah jua yg bagi... Hanya dengan bantu tukar sebijik tayar yang mana maybe most of us will do here in Malaysia to a stranger... this adik dah pun jadi jutawan.. dan sekarang tolong ayah mertuanya jalankan bisnes...
Dan kalau nak tau dia dah pun bawak mak ayahnya tinggal kat Arab... yg bagi aku as orang tua is something that I want kalau dah tua... ble selalu pergi beribadat depan kaabah...
One thing that aku tabik budak ni... dia masih down to earth walau pun dah kaya.. dan kawan2 yg jumpa dia kata.. tak pulak nampak lagak sombong....Sejuk perut mak yang mengandungkan..kan..
Tuah dia dah tersurat dan terlihat... Tuah kita entah bila.. Tapi yang penting usaha kerana tak semua insan dilahir berbintang terang... Namun kita sebagai hamba Allah dibumi ini hanya perlu berusaha dan berserah.. Dunia akhirat di imbangi.. (ingatan buat diri sendiri...) Bagi aku moga jiwa dalam diri ini sentiasa ingat untuk bersyukur walau sekali nafas yang aku hirup (tipu lar kalau aku cakap aku boleh buat.. Ampunkan kealpaan aku Ya Allah.. )
Wallahualam.....:)

No comments:
Post a Comment